Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah s.w.t. atas limpah kurnia dan kesempatan yang diberikan. ATCetak ditubuhkan sebagai salah satu cabang di bawah Akademi Tarbawi (AT) dengan misi utama menyediakan perkhidmatan rekaan grafik dan percetakan yang moden, berkualiti serta berpatutan.
Sejak awal penubuhan, kami berpegang pada prinsip “Rekaan Profesional, Servis Mesra”. Kami percaya setiap pelanggan berhak mendapat hasil cetakan yang bukan sahaja indah pada pandangan, malah mampu menyampaikan mesej dengan berkesan.
Harapan kami, ATCetak terus menjadi rakan strategik kepada usahawan, organisasi, institusi pendidikan dan individu dalam memenuhi keperluan percetakan mereka. Semoga setiap usaha ini diberkati Allah dan memberi manfaat yang luas kepada masyarakat.
Terima kasih atas kepercayaan anda.
Ustaz Abdul Rahhim bin Abdul Wahab
Pengarah ATCetak